Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. FALSAFAH SEKOLAH Pendidikan di sekolah adalah sesuatu usaha yang berterusan ke arah melahirkan dan memperkembangkan potensi kendiri yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek berdasarkan Prinsip Rukun Negara untuk mencapai kebahagian serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran Negara. MATLAMAT SEKOLAH Menghasilkan murid-murid yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah. OBJEKTIF SEKOLAH Memastikan semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum terurus dengan sempurna dalam keadaan yang kondusif. Menentukan semua kakitangan akademik mematuhi etika kecemerlangan, etika profesionalisme dan peka terhadap reformasi pendidikan. VISI SEKOLAH SJK(C) FOON YEW 3 MENJADI SEKOLAH YANG CERIA DAN KONDUSIF MENJELANG TAHUN 2010 |